Friday, July 16, 2010

pemuda yang beribubapakan babi ,

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

t a q w a ,

Assalamualaikum ,,

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Segala puji bagi ALLAH Ta’ala yg sgt mengetahui ia akan yg tersembunyi di dalam dada & segala mata yg khianat .

Perihal Taqwa ;

Taqwa itu adalah menuruti perintah ALLAH Ta’ala & meninggalkan laranganNYA zahir & batin ,, seraya merasakn bahawa kebesaran yang hakiki itu adalah bagi ALLAH s.w.t. yg patut kita merasakan kehebatan , , ketakutan dan kegerunan terhadapNYA .

Kerana ketaqwaan itu adalah rasa takut kepada Allah secara terus-menerus dan kehati-hatian agar tidak melanggar aturan-Nya secara terus-menerus, waspada terhadap duri-duri perjalanan kehidupan yang mana dia akan saling ditarik oleh duri-duri syahwat, duri-duri rasa takut dari siapa saja yang sama sekali tidak dapat memberikan manfaat dan mudharat, juga duri-duri harapan yang sementara dan angan-angan dari siapa saja yang pada hakikatnya sama sekali tidak dapat mewujudkan harapan dan angan-angan atau permohonan tersebut.

Oleh kerana itu ‘Umar bertanya kepada Ubay bin Ka’ab tentang taqwa, lalu Ubay berkata

“Bukankah engkau pernah melintasi jalan yang berduri?”, “Betul” kata Umar. Ubay bertanya kembali, “Apa yang engkau lakukan ketika melintasinya?” Umar menjawab, “Berhati-hati.” “Itulah taqwa,” jawab Ubay.

Sebahagian para Mufassirin pula mengertikan mksud firman ALLAH ; Bertaqwalah kpd ALLAH dgn sesungguh taqwa , yakni : ALLAH Ta’ala itu harus ditaati , tidak boleh dimaksiati; harus diingati,tidak boleh dilupai , dan harus disyukuri , tiada boleh dikufuri .

Sebab itu jika seseorg hamba ditakdirkan mempunyai seribu diri yg lain kpdnya , @ seribu umur lagi kpd umurnya , tdk mampu bertaqwa kpd ALLAH dgn sesungguh taqwa , sekalipun dia snggup membelanjakan semua harta kekayaan yg ada di dlm tgnnya untuk tujuan mentaati ALLAH dan mencintaiNYA . Yg demikian itu disebabkan amat besar hak ALLAH Ta’ala ke atas hamba-hambaNYA , dan juga kerana amat hebat kebesaran ALLAH dan amat mulia kedudukanNYA serta tinggi kemulianNYA.

Rasulullah s.a.w. sbg org yg amat sempurna penuaiannya terhadap hak-hak ALLAH Ta’ala telah berkat dlm doanya ; iaitu sbg suatu pengakuan dari baginda akan ketidakupayaannya hendak menunaikan sepenuh kesyukuran kpd ALLAH Ta’ala: aku berlindung dgn keredaanMU drpd kemurkaanMU , dan dgn keampunanMU dr pembalasanMU , dan aku berlindung denganMU drpdMU , tidak mampu aku menghitung kepujian keatasMU , seperti yg engkau memuji atas zatMU sendiri .

Apa yg kita ketahui , ALLAH s.w.t. telah menciptakan malaikat , yg sejak dari awal diwujudkan hingga ke bila-bila masa pun , akan sentiasa bertasbih dan membesarkan ALLAH Ta’ala , tidak pernah penat atau letih , dan mereka tidak mempunyai tugas2 yg lain selain itu , Kelak bila tiba hari kiamat nanti,,, maka malaikat itu akn berkata kpd ALLAH Ta’ala,,ertinya :

Maha Besar Engkau , wahai Tuhan ! Bagimu segala pujian. Kami tidak mengenalMU sesungguh pengenalan. Kami tiada beribadat kepadaMU sesungguh ibadat .

Sesetengah ulama berkata ,,bahawasanya firman ALLAH Ta’ala yg bermaksud: Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan sesungguh taqwa; iaitu ayat ini telah mansukh (dibatalkan) dgn ayat lain yg bermaksud :

“Bertaqwalah kepada ALLAH sekadar yang termampu olehmu” (at-Taghabun: 16)

Sesetengah yg lain pula berkata: Ayat ke-2 ini menerangkan maksud ayat pertama, dan bukanlah ia sbg nasikh (pembatal).Sy harap mudah-mudahan maksud yg kedua inilah yg betul , kerana ALLAH Ta’ala – dan bagiNYA segala puji –tiada memberatkan sesuatu jiwa melainkan sekadar yg termampu dilakukannya, meskipun jika DIA mahu , mmg DIA berhak memerintahkan apa saja yg dikehendakiNYA , krn ALLAH s.w.t. berhak utk melakukan apa sahaja sekehendak kemahuanNYA di dlm kerajaanNYA. Akan tetapi DIA sentiasa meringankan dan memudahkan. ALLAH berfiman ertinya :

“ALLAH ingin memberikan keringanan bagimu ,, kerana manusia itu dicipta bersifat lemah.” (an-Nisa’: 28)

“ALLAH mahu memberikan keringanan bagimu,,dan tiada (sekali-kali) mahu memberikan kesulitan.” (al-Baqarah: 185)

Imam Ghazali rahimahullah berkata di dlm kitabnya. Apabila turun ayat berikut :

“Kepunyaan Tuhan segala yang ada di langit dan di bumi. Sekiranya kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu, atau kamu sembunyikan, nescaya ALLAH akn memperhitungkan kamu juga.”

Ketika ayat ini turun , para sahabat merasa gelisah, lalu mereka mendatangi Rasulullah s.a.w. seraya berkata : Kami telah dibebankan sesuatu yg kami tdak sggup kami hindarinya

Apa yg telah mereka fham dr maksud ayat tersebut , iaitu ALLAH s.w.t. membalas & menghitung segala sesuatu yg mereka lakukan, sehingga kpd apa yg terlintas di hati mereka juga. Rasulullah menyanggah pendapat tersebut dgn sabdanya : Apakah kamu mahu berkata sebagaimana yg dikatakan oleh kaum Bani Israel,iaitu; Kami dengar, tp tidak mahu patuh. Jangan begitu ! Katakanlah: Kami dengar dan patuh. Kami memohon keampunanMU, wahai TUHAN ! KepadaMU jualah kami akan kembali.

Para sahabat setuju dgn petunjuk Rasulullah s.a.w. itu, maka oleh itu ALLAH s.w.t. telah turunkan ayat yg lain, yg bermaksud:

“Telah beriman Rasul itu kepada apa yang diturunkan ALLAH ke atasnya, demikian pulalah orang-orang yang beriman.”

ALLAH s.w.t telah menceritakan kepada kita peristiwa org yg beriman tadi dlm ayat ini dan ayat2 berikutnya; iaitu dgn doa mereka ALLAH tidak akan mengira salah atas perkara yg dibuat dgn terlupa atau terkhilaf, dan ALLAH tidak akan memberatkan mereka atas sesuatu yg mereka tidak menyanggupi, hingga ke akhir yg diceritakan di dlm ayat2 yg berikutnya dr surah al-Baqarah. Sesungguhnya ALLAH Ta’ala telah mengabulkan doa para sahabat itu dgn meringankan & memudahkan serta mengangkat bebanan yg mereka runsingkan itu, yg mana kita sekalian harus mengucapkan syukur kpd ALLAH azzawajalla kerananya.

Rasulullah telah menerangkan mksud ini dlm hadis yg bermaksud :

“Dimaafkan (tidak dikira salah) atas umatku khilaf atau lupa dan perbuatan yang dipaksakan, dan juga apa yang terlintas di hati selagi mereka tidak mengatakan dan mengamalkan.”

ALLAH Ta’ala telah menghimpunkan 4 perkara bagi mereka yg takut akan ALLAH Ta’ala. Pertama : petunjuk , kedua : rahmat (belas kasihan) , ketiga : pengetahuan dan keempat : reda .

Kerana ALLAH Ta’ala berfirman : “Petunjuk dan rahmat bagi sekalian mereka yang takut akan Tuhan mereka itu.”

Rasulullah pernah bersabda, ertinya: “Aku lebih takut akan ALLAH Ta’ala daripada kamu.” Oleh itu,Rasulullah lebih byk pengetahuan drpd org lain & bahawasanya takut itu satu kelakuan yg dipuji .

Jadi , bagaimana atau apa cara untuk sentiasa takut akan ALLAH ??? Iaitu dengan ;

pertama : kenal ALLAH Ta’ala,kenal ALLAH iaitu kenal ilmu tauhid !

Kedua : Karamkan dirimu dalam lautan zikir. Jadilah seperti golongan Muttaqin yang setiap detik bibir basah dengan asma' Ilahi, hati jernih mengagung Ilahi, jiwa rindu bertemu rabbi, hidup dan mati dalam mahabbatullah yang hakiki .

Iman itu dinding taqwa. sedangkan taqwa itu perisai hati .

Takut itu hukumnya wajib !